Monday, 22 March 2010

Profil Jabatan

Data terkini JPKK 2010 - Versi Melayu

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
Co-Curricular Education Department
JALAN 10, KG. PERPINDAHAN LAMBAK KANAN BC2315
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
FAX : 2332977
TEL : 2333041, 2333043, 2333053, 2333054 & 2333061


Jabatan
Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Alamat
Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan BC2315, Negara Brunei Darussalam

No. Telefon
TEL : 2333041, 2333043, 2333053, 2333054 & 2333061

Nombor Faks
FAX : 2332977

Alamat Email
jpkkmoe@gmail.com

Visi
Keberkesanan pendidikan kokurikulum ke arah kemajuan, keamanan dan kemakmuran Negara.

Misi
Mengembangkan bakat, kemahiran serta sahsiah pelajar untuk mencapai potensi yang maksima.

Objektif
1. Untuk melahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak (resilient) di samping menyemai sifat-sifat dan nilai-nilai murni dan luhur.
2. Untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi mencapai kecemerlangan
3. Untuk melibatkan seberapa banyak pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
4. Untuk menjadikan pelajar yang dapat merancang program-program riadah yang sihat, bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.
5. Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir di bidang akademik tetapi juga berkemahiran dalam bidang-bidang yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial yang menyeluruh dalam sama-sama mendukung tanggungjawab terhadap negara, ugama dan bangsa. Untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam pendidikan kokurikulum sukan dan menyemai potensi mereka untuk menjadi sport elite di masa akan datang.
6. Untuk memberi peluang kepada guru-guru menjalani kursus-kursus dan latihan-latihan yang berhubungkait dengan pelaksanaan kegiatan kokurikulum yang berkesan di sekolah/maktab.

Fungsi
Sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan serta sumber dan penggerak segala kegiatan-kegiatan tambahan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh Negara dari segi:

1.1 Merancang, menyelaras, menyelia, menasihat, membimbing/ melatih dan seterusnya menilai kegiatan-kegiatan tambahan.
1.2 Mengadakan projek-projek latihan, kursus, seminar dan bengkel bagi maksud memperkembangkan kegiatan-kegiatan.
1.3 Merancang dan menyelaras peruntukan dan kemudahan bagi pelaksanaan kegiatan-kegiatan.
1.4 Sebagai penasihat dan penyelaras kepada sekolah-sekolah/maktab-maktab yang ingin menganjur/mengelola kegiatan-kegiatan masing-masing.
1.5 Sebagai penganjur, pengelola dan pelaksana secara langsung kegiatan-kegiatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah.
2. Sebagai penyelaras dan penghubung di antara pihak sekolah/maktab dengan pihak luar.
2.1 Bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian lain dalam acara perayaan dan antarabangsa yang melibatkan sekolah/maktab.
2.2 Bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian lain seperti kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan pasukan beruniform (Kadet Tentera, Kadet Polis, Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Kadet Bomba dan Penyelamat dan sebagainya).
3. Sebagai penghubung, penyelaras, penasihat dan memberi maklumat kepada pihak sekolah/maktab berhubung dengan penglibatan/penyertaan sekolah/ maktab dengan pihak yang berkenaan (dalam dan luar negara).
4. Bertanggungjawab memberikan nasihat, penilaian dan penghargaan atas usaha bakti dan pencapaian guru-guru dan pelajar-pelajar secara perseorangan, kumpulan mahupun keseluruhan (sekolah/maktab).
5. Bertanggunjawab atas kerja-kerja yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan seperti mengaturkan lawatan, persembahan kebudayaan dan sebagainya seperti dalam seminar, symposium, mesyuarat di peringkat antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah.

Bahagian / Unit
1. Bahagian Pentadbiran
2. Bahagian ICT dan Multimedia
3. Bahagian Penyelidikan dan Perhubungan Awam
5. Bahagian Kewangan dan Stor
6. Bahagian Keagamaan
7. Bahagian Kesenian dan Kebudayaan
8. Bahagian Jasmani
9. Bahagian Pasukan Beruniform
10. Bahagian Latihan dan Perkembangan Sukan
11. Cawangan Daerah Tutong
12. Cawangan Daerah Belait
13. Cawangan Daerah Temburong

Kalendar Acara / Aktiviti dan Pertandingan
Sila rujuk Kalendar Blog

Khidmat yang ditawarkan
1. Khidmat perunding / nara sumber kegiatan jasmani, kesenian dan kebudayaan dan keagamaan.
2. Latihan dan bengkel kepada para penuntut / atlit.
3. Kursus, seminar dan bengkel kejurulatihan, “Training of Trainers” dalam kegiatan JAR.
4. Menyediakan peralatan dan kemudahan.
5. Menyediakan pegawai teknikal/hakim.
6. Mengadakan perundingan peringkat kawasan, daerah, negara, serantau dan antarabangsa.

Rangkaian Luar
http://kuizpsr.blogspot.com
http://aslibrunei.blogspot.com
http://hadrahbrunei.blogspot.com
http://debatbrunei.blogspot.com

Email : jpkkmoe@gmail.com

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP