Monday, 8 March 2010

Mesyuarat BIJAK

Mesyuarat BIJAK telah diadakan pada 1hb. Mac 2010. Di samping membincangkan aktiviti-aktiviti yang diadakan, ahli jawatankuasa juga membincangkan isu kakitangan jabatan yang enggan melunaskan yuran BIJAK. Perkara ini sangat dikesalkan kerana seolah-olah usaha untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan para kakitangan jabatan tidak dihormati.
Semoga ahli BIJAK yang akan dilantik nanti (sesi 2010-2012) akan dapat menyelesaikan isu tersebut di samping perkara-perkara penting lainnya.
InsyaAllah Majlis penghargaan bagi kakitangan JPKK yang bersara akan diadakan tidak lama lagi. Dalam kesempatan ini, sukacita merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan ikhlas biskita semua di Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Untuk makluman bersama, dinyatakan profil BIJAK.

BADAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
[ BIJAK ]

Penubuhan :
Badan ini ditubuhkan bermula pada bulan Mac 2006 setelah dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Sosial yang telah diadakan pada 25 Februari 2006 [hari Sabtu] jam 2.15 petang bertempat di Banglo B3, JPKK Gadong.

Tujuan :

  1. Melayani sebaik mungkin hal-hal kesejahteraan kebajikan, rekreasi dan riadah ahli-ahli.
  2. Keutamaan ditumpukan kepada bentuk bantuan suka-duka misalnya ahli/keluarga meninggal, ditimpa musibah, menunaikan fardhu haji, majlis perkahwinan, pengislaman dan seumpamanya.
  3. Tertakluk kepada jumlah semasa badan ini berhasrat bagi menganjurkan sambutan yang berunsur keagamaan, hiburan, kesukanan dan lainnya.

Keahlian :
  1. Ahli adalah terdiri dari pegawai dan kakitangan yang bertugas di Jabatan Pendidikan Kokurikulum
  2. Tidak ada pegawai dan kakitangan Jabatan ini dikecualikan daripada menjadi ahli badan ini.

Kutipan :
  1. Semua pegawai dan kakitangan dikenakan bayaran sebanyak $ 3.00 [Ringgit : Tiga ] seorang. Mana-mana ahli yang berhasrat untuk menyumbangkan lebih daripada itu adalah dialu-alukan.
  2. Sumbangan wang boleh dibuat melalui 3 cara iaitu :
  3. Bayaran setiap bulan iaitu $3.00 seorang
  4. Bayaran sekaligus enam [6] bulan iaitu $18.00 seorang
  5. Bayaran sekaligus setahun iaitu $36.00 seorang
  6. Semua kutipan hendaklah diserahkan kepada Bendahari BIJAK tidak lewat dari minggu pertama setiap bulan bagi $3.00 atau minggu pertama bulan berikutnya bagi $18.00 atau $ 36.00.

Kadar bantuan :

  1. Acara kementerian : $ 50.00
  2. Perkahwinan batang tubuh : $ 100.00 / Barangan bernilai $100.00
  3. Perkahwinan anak pertama : $ 100.00 / Barangan bernilai $100.00
  4. Pindah pejabat : $ 50.00 / Barang bernilai $50.00
  5. Kelahiran anak sulung : $ 50.00 / Barang bernilai $50.00
  6. Persaraan : $ 100.00 / Barangan bernilai $100.00
  7. Kematian [ahli / ibu kandung / ayah kandung sahaja] : $ 100.00
  8. Menunaikan fardhu haji : $ 100.00
  9. Peruntukkan acara-acara jabatan seperti maulidur rasul, awal tahun hijrah, khatam al-quran dan sebagainya : $ 100.00 - $ 150.00 [tertakluk kepada
  10. kewangan yang ada dan permohonan
  11. dari pihak penganjuran]
  12. Kutipan-kutipan derma dari badan-badan tertentu seperti gempa bumi /musibah lainnya : $ 50.00

Perancangan kegiatan :
  1. Sukan Muhibbah :
  2. Bola baling [2010]
  3. Futsal [2010]
  4. Badminton [2010]
  5. Boling padang [2010]
  6. Ten Pin boling [2010]
  7. 9 ball pool [2010]
  8. Sambutan awal tahun hijrah
  9. Sambutan hari raya
  10. Meraikan pesara / pegawai berpindah
  11. Khatam Al-Quran
  12. Hari Terbuka JPKK [mempromosikan jabatan kepada umum
  13. Hari Keluarga JPKK

Antara aktiviti yang telah berjalan sepanjang tahun 2009 :
  1. Majlis awal tahun hijrah, menunaikan fardhu haji & penghargaan penuntut ITB
  2. Sambutan awal bulan ramadhan
  3. Majlis khatam Al-Quran
  4. Majlis sambutan Hari Raya Kementerian Pendidikan
  5. Jualan minuman
  6. Penjualan CD Dikir
  7. Sumbangan derma-derma bagi perkahwinan, kematian, kelahiran anak, musibah dan lainnya.

Sekiranya ada tambahan/pengurangan atau komen berhubung perkara di atas, sila hubungi kami samada melalui telefon, email, fax atau berjumpa terus.

0 comments:

Post a Comment


Latest Posts

  © Blogger Piwffoo by Oufwes.com 2009

Back to TOP